Saturday, 11, May, 2024
Utama Nasional Malaysia mainkan peranan penting dalam banteras Islamophobia

Malaysia mainkan peranan penting dalam banteras Islamophobia

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan
Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam usaha membanteras Islamophobia, kejahilan dan kebencian terhadap Islam.

Beliau berkata, perbuatan membakar al-Quran yang berlaku akibat kejahilan, sombong dan pemikiran neokolonial, perlu dibanteras menerusi ilmu dan pemahaman.

“Bagi orang Islam sudah tentu melalui al-Quran,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini.

Anwar berkata, al-Quran dan terjemahannya yang dihasilkan oleh Yayasan Restu, telah dicetak, diterjemahkan dan diedarkan ke seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat.

“…supaya mereka (orang Barat) berpeluang membaca, memahami untuk menghayati, seperti yang kita lakukan dalam menghormati agama lain di negara ini.

“Saya berharap melalui usaha ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan lebih memahami serta menghormati kemanusiaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com