Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional Suzuki Motor akan tingkatkan pelaburan di Malaysia

Suzuki Motor akan tingkatkan pelaburan di Malaysia

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Suzuki Motor Corporation akan meningkatkan pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia termasuk kerjasama dengan rakan teknikal tempatan iaitu KMSB Motors Sdn. Bhd.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Suzuki Motor Corporation, Toshihiro Suzuki dan rombongannya ketika mengadakan kunjung hormat di pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Turut hadir adalah Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Datuk Wira Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); dan Encik Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KMSB Motors Sdn. Bhd

“Seyogia, keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal.

“Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.

Dengan kerjasama ini, saya berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com