Friday, 17, May, 2024
Utama Nasional Anwar bertemu John Kerry, bincang isu alam sekitar

Anwar bertemu John Kerry, bincang isu alam sekitar

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat (AS) Untuk Iklim, John Kerry pada Jumaat.

Menerusi Instagramnya, beliau memaklumkan membincangkan pelbagai isu berkaitan alam sekitar termasuk tenaga boleh diperbaharui dan perubahan iklim.

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, TYT John Kerry.

“Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing saat ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan hasrat negara untuk bekerjasama rapat dengan AS dalam menangani isu perubahan iklim termasuk kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan manusia.

Sementara itu, Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini sekitar pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan (10 malam Malaysia).

Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri di perhimpunan tahunan itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com