Wednesday, 1, May, 2024
Utama Negeri Banjir kilat : Penduduk Daerah Sik diminta waspada

Banjir kilat : Penduduk Daerah Sik diminta waspada

oleh Ammar Haziq

SIK – Hujan lebat yang turun hampir seluruh kawasan di Daerah Sik pada jam  3.00 petang Khamis menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Keadaan ini menyebabkan berlaku banjir kilat di Kampung Pinang,Mukim Sok dan hasil pemantauan  Agensi Pertahanan Awam Malaysia Daerah  Sik bersama Team CDERT-C Kampung Surau mendapati beberapa buah rumah telah dinaiki air separas 0.5 meter,

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat jam 8.00 malam kerana air sungai mulai surut pada pukul 11.00 malam pada Khamis.

“Sejak 19 September lepas,bermulanya peralihan Monsun,Mukim Sok telah dilanda banjir kilat yang melibatkan 3 buah kampung.Kejadian hari ini adalah yang ke-2 namun tidak seteruk kejadian banjir kilat pada 20 Septemver melibatkan 33 buah rumah penduduk terjejas dan kerosakan infrastruktur seperti jambatan di Kamoung Surau,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan peka dengan keadaan sekeliling, jaga keselamatan anak-anak serta keluarga anda dan bersedia untuk berpindah jika keadaan berlaku kenaikan air di kawasan rumah anda.

Sebarang kes kecemasan orang awam di Daerah Sik boleh menghubungi talian APM Daerah Sik di talian 04-469 8221

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com