Monday, 6, May, 2024
Utama Sukan JDT Racing Team bermula di ARRC musim 2024

JDT Racing Team bermula di ARRC musim 2024

oleh Ammar Haziq

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan jenama tersebut akan menceburi sukan perlumbaan motosikal bersama pelumba terkenal Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah mulai 2024.

Menurut kelab tersebut, JDT Racing Team akan bermula di saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024 dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak.

“Jenama JDT telah pun menceburi bidang futsal, polo, tinju dan hoki ais, dan usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Usaha terbaharu JDT ini disasarkan untuk mengembangkan lagi jenama mereka kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

Pelumba terkenal negara, Hafizh Syahrin pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 dan 2019 bersama jentera Yamaha serta KTM.

Pelumba berusia 29 tahun juga pernah beraksi di Moto2 dan ketika ini beraksi di WSBK.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com