Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM10 bilion

Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM10 bilion

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan tersebut dijangka dapat memanfaatkan sekitar sembilan juta rakyat yang layak di negara ini.

Jelas beliau, perkembangan positif itu hasil penjimatan subsidi, yang kemudian akan disalurkan kepada rakyat.

“Sekalipun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup, tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah pula telah meningkatkan ketirisan dan penyeludupan ke luar negara. Malah, subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.

“Maka, mulai tahun hadapan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan MADANI Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI melibatkan tiga tumpuan utama iaitu; Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com