Wednesday, 8, May, 2024
Utama Nasional Kestabilan politik undang banyak pelabur, Malaysia lebih agresif tahun depan

Kestabilan politik undang banyak pelabur, Malaysia lebih agresif tahun depan

oleh Ammar Haziq

SHAH ALAM: Kestabilan politik yang dikecapi bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun berjaya mengundang banyak industri gergasi dunia untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk syarikat Google, TikTok, Infineon Technologies AG, syarikat automatif China, Geely dan Tesla yang yakin dengan kemampuan Malaysia kerana kini mempunyai dasar jelas.

“Saya tanya mereka apa keistimewaan di Malaysia. Sekarang, alhamdulillah politik stabil. Politik stabil itu membantu memberi keyakinan kepada mereka, ada dasar yang jelas.

“Maknanya dia tahu, dia datang sini, ini dasar ekonominya, ini dasar perindustrian, ini ekonomi MADANI, ini transisi tenaga. Saya bersyukur Malaysia menjadi perhatian semula selepas ketinggalan beberapa lama,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamed.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com