Friday, 3, May, 2024
Utama Nasional Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bermula di Riyadh

Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bermula di Riyadh

oleh Ammar Haziq

RIYADH: Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan berlangsung di Riyadh pada Sabtu bagi membincangkan “situasi meruncing” yang sedang melanda Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin.

Menurut media rasmi Arab Saudi, pemimpin dan wakil Liga Arab serta negara-negara anggota OIC mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu, lapor Agensi Anadolu.

Sebelum sidang kemuncak itu, dua mesyuarat persediaan diadakan iaitu Mesyuarat Pegawai Kanan OIC (SOM) pada 9 Nov dan Mesyuarat Peringkat Menteri OIC pada 10 Nov, bertujuan mencapai konsensus pada draf akhir sidang kemuncak mengenai kedudukan negara-negara Arab dan Islam secara kolektif.

Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan selepas rundingan, satu sidang kemuncak bersama negara Arab-Islam mengenai perkembangan terkini di Semenanjung Gaza akan diadakan pada Sabtu .

Menurut kementerian, Gaza dan wilayah Palestin kini “menyaksikan tragedi belum pernah berlaku sebelum ini yang memerlukan perpaduan negara-negara Arab dan Islam untuk membendung kesannya.”

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com