Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional AZEC: Kebersamaan semua negara, bantu percepat peralihan tenaga

AZEC: Kebersamaan semua negara, bantu percepat peralihan tenaga

oleh Ammar Haziq

TOKYO: Malaysia menekankan kebersamaan semua negara dalam memainkan peranan lebih aktif berkaitan kerjasama dana hijau, insentif, fasilitasi teknologi dan infrastruktur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan ini antara lain untuk membantu Malaysia mempercepatkan peralihan tenaga.

Perdana Menteri berkata demikian di Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC) di Tokyo, pada Isnin.

“Malaysia menghargai peranan Jepun dalam menyediakan platform ini bagi perbincangan dan persediaan dalam melaksanakan peralihan tenaga.

“Saya singgung kepentingan pemuliharaan dan pemugaran alam sekitar dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon sekali gus mampu mencapai Pelepasan Karbon Sifar menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah Anwar, AZEC secara sebulat suara turut meluluskan Kenyataan Bersama AZEC (Leaders Joint Statement) sebagai afirmasi dan kesediaan Negara anggota melaksanakan peralihan tenaga secara tuntas.

AZEC merupakan platform kerjasama untuk memajukan neutraliti karbon dan peralihan tenaga bagi mencapai sasaran pelepasan sifar.

Untuk rekod, Malaysia merupakan negara anggota AZEC selain Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com