Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional Kerajaan jamin selesaikan isu lepasan ISMP tiada penempatan

Kerajaan jamin selesaikan isu lepasan ISMP tiada penempatan

oleh Ammar Haziq

TANJUNG MALIM: Kerajaan pada Khmais memberi jaminan akan menyelesaikan isu lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum mempunyai penempatan di sekolah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelulusan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan supaya mengisi kekosongan guru pada tahun depan.

“Insya-Allah kita selesaikan… Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dah umumkan bahawa (terdapat) penambahan yang ketara bagi mengisi kekosongan guru pada 2024.

“… yang penting ialah pada tahun 2024, kali pertama ada lonjakan penambahan guru di sekolah menengah di negara kita,” katanya pada sesi Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai laporan media sebelum ini berkaitan isu sejumlah 4,390 lepasan ISMP dari 2011 hingga 2020 yang belum mendapat panggilan temu duga untuk ditempatkan di sekolah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com