Friday, 3, May, 2024
Utama Nasional Bantuan awal RM50 juta bantu mangsa banjir Kelantan – PM

Bantuan awal RM50 juta bantu mangsa banjir Kelantan – PM

oleh Ammar Haziq

PASIR MAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan disalurkan terus kepada mangsa banjir.

“Bagi mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini kita meluluskan peruntukan awal RM50 juta.

“Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, Anwar turut berterima kasih kepada semua pihak meliputi jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang membantu mangsa banjir.

“Kerjasama kedua-dua pihak ini menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat.

“Apa yang penting, kita mahu meredakan tekanan yang dialami rakyat akibat banjir,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com