Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional PM mahu universiti diberi lebih ruang hasilkan idea baharu

PM mahu universiti diberi lebih ruang hasilkan idea baharu

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan universiti diberi lebih ruang untuk memikirkan idea baharu supaya dapat meneroka dunia pendidikan seiring dengan negara-negara lain.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula hanya perlu bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi mengelakkan sebarang pertindihan.

“Selain mengakui ada keperluan untuk melancarkan suatu tindakan yang lebih tegas dan berani dengan kepesatan universiti, (maka) saya ingin cadangkan beri ruang kepada kepimpinan universiti, beri lebih banyak kelonggaran.

“KPT harus hanya menyelaraskan bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan permasalahan.

“(Saya) mencabar mereka dalam dua tahun, melihat program yang lebih baik. Kalau tidak kita ubah kepimpinan, termasuk menteri dan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pelaksanaan Strategi KPT di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com