Tuesday, 7, May, 2024
Utama Nasional TVET sebelum tingkatan empat libat implikasi tertentu, masih dalam perbincangan

TVET sebelum tingkatan empat libat implikasi tertentu, masih dalam perbincangan

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Pelaksanan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bermula sebelum Tingkatan Empat masih dalam perbincangan kerana ia melibatkan beberapa implikasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa memperincikan implikasi berkenaan, beliau berkata TVET yang dilaksanakan mengikut tahap masa kini adalah memadai kerana kapasiti program itu juga terbatas.

“Laporan jawatankuasa Kabinet setuju, peringkat ini (adalah) selepas Tingkatan Tiga. Untuk dia (TVET) ke bawah lagi, memang dalam diskusi kerana ada implikasi lain.

“Tapi kalau mula selepas Tingkatan Tiga, saya ingat permulaan satu ke dua tahun ni cukup dan memadai,” katanya pada sesi dialog selepas merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Anwar menjawab soalan yang dikemukan seorang peserta yang mencadangkan keperluan program TVET dilaksanakan bermula dari sekolah rendah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap potensi bidang berkenaan.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan timbalannya, Datuk Mustapha Sakmud.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com