Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri Kerajaan disaran laksana referendum lihat sistem pendidikan pilihan rakyat

Kerajaan disaran laksana referendum lihat sistem pendidikan pilihan rakyat

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena mencadangkan agar satu referendum ataupun pungutan suara dilaksanakan untuk membolehkan rakyat memberi pandangan tentang sistem pendidikan yang dimahukan oleh mereka.

Ketuanya, perkara tersebut dicadangkan agar kerajaan pada hari ini dapat mengetahui pandangan rakyat yang lebih suka sistem pendidikan tunggal ataupun sistem pendidikan pelbagai aliran.

Menurutnya, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh yang bersedia menyahut cabaran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy berdebat secara terbuka berkaitan isu sekolah vernakular perlu dilihat pada sudut positif.

“Kita perlu ingat bahawa debat seharusnya membawa kepada pemahaman yang lebih baik dan bukannya mengundang polemik atau ekstremisme.

“Justeru, saya menggalakkan dialog terbuka dan konstruktif antara semua pihak untuk mencari penyelesaian terbaik bagi sistem pendidikan negara kita,”katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Farhan berkata lagi, harus difahami bahawa pendidikan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan atau dijadikan drama politik.

“Keputusan mahkamah perlu dihormati dan kita harus berfokus pada memperbaiki sistem pendidikan untuk kebaikan semua lapisan masyarakat.

“Jadi tidak salah untuk kita mencadangkan sesuatu yang bersesuaian dengan keadaan semasa,”katanya.

Beliau menambah, cara kehidupan sentiasa ditambah baik dengan mengadaptasi teknologi demi kebaikan masyarakat.

“Kita juga akan berdebat dalam parlimen untuk mengubah undang-undang atau akta demi kesesuaian masyarakat atau keadaan semasa,”ujar beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com