Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri Pemandu bas maut rentung terbakar, lima selamat

Pemandu bas maut rentung terbakar, lima selamat

oleh Ammar Haziq

GURUN – Seorang pemandu bas ekspres ditemukan maut rentung selepas bas yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler sebelum terbakar di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pada pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Razali berkata, pemandu bas tersebut dianggarkan berusia 42 tahun maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu.

“Kejadian melibatkan tujuh mangsa termasuk pemandu bas maut, dua cedera ringan dan empat lagi lelaki termasuk pembantu pemandu bas dan pemandu lori berumur antara 19 hingga 57 tahun dilaporkan selamat,”katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, komander operasi melaporkan, sebaik setiba di lokasi didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspress dan lori treler di mana bas berkenaan telah terbakar dipercayai akibat daripada kemalangan berkenaan.

“Mangsa di bahagian pemandu bas tersepit dan rentung manakala enam mangsa lain termasuk penumpang, pembantu pemandu bas serta pemandu lori terselamat,” ujar beliau.

Mohd Fauzi berkata, operasi melibatkan 18 anggota dan pegawai dari BBP Guar Chempedak, BBP Amanjaya dan BBP Pendang.

“Laporan akan dikemaskini. Pemadaman lanjut dan pengurusan mangsa di tempat kejadian masih dilakukan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com