Sunday, 28, April, 2024
Utama Sukan Harimau Malaya bertemu Oman tanpa Matthew dan Junior 

Harimau Malaya bertemu Oman tanpa Matthew dan Junior 

oleh Ammar Haziq

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, dua pemainnya, Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak dapat menyertai skuad menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex pada 21 Mac ini.

Harimau Malaya kehilangan khidmat pemain JDT bagi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas mengalami kecederaan.

Menurutnya, JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac lalu.

“Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.

“Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.

“Daripada 31 pemain tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada 17 Mac bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan,” katanya.

Tambahnya, hanya seramai 24 pemain yang akan dibawa ke Muscat, Oman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com