Monday, 29, April, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Mayat lelaki terbakar ditemukan dalam kebun kelapa sawit

Mayat lelaki terbakar ditemukan dalam kebun kelapa sawit

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – seorang penjaga kebun buah-buahan terkejut menemui mayat lelaki terbakar di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling di sini pagi Jumaat.

Mayat tanpa identiti tersebut dipercayai penduduk tempatan ditemukan terbakar lebih 90 peratus.

Penjaga kebun itu menemui mayat itu  lebih kurang pukul 11 pagi semasa sedang menghalau kera yang memasuki kebunnya.

Mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan dipercayai mati tidak sampai 24 jam kerana belum berbau.

“Pihak polis yang datang ke lokasi kemudian membuat pemeriksaan dan membawa mayat untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)di Alor Setar,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat yang terbakar itu.

Menurutnya, buat masa sekarang polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan hasil bedah siasat yang akan dijalankan di HSB.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu atau menghubungi baai polis berhampiran,” katanya.

Jelasnya, orang ramai diminta tidak berkongsi maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan kegusaran awam berkaitan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com