Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Muhammad Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah

Muhammad Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah

oleh Wartawan Kedah Gazette
Muhammad Sanusi menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar daripada Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14 hari ini.

Majlis istiadat perlantikkan itu berlangsung di Wisma Darul Aman di sini sebentar tadi.

Muhammad Sanusi, 46, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Beliau yang juga Timbalan Pesurujaya Pas Kedah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah
selepas penyandangnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan itu pada pagi
tadi.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim
dalam satu kenyataan akhbar berkata, Sultan Sallehuddin telah berkenan melantik
Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Menurutnya, pada hemat baginda, Muhammad Sanusi telah mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

“Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu adalah sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.” katanya.

Muhammad Sanusi menendatangi watikah perlantikan sebagai Mneteri Besar Kedah.

Ammar berkata, baginda telah mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN di negeri ini
pada 15 Mei lalu dan mendapati Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

Sehubungan itu, baginda juga telah berkenan menerima peletakan jawatan Mukhriz dan
Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) lain pada hari ini selaras dengan Perkara 37 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Jumlah keselurahan ADUN di Kedah adalah 36 orang dan daripada jumlah tersebut seramai
23 ADUN menyokong Perikatan Nasional (PN) manakala 13 kerusi lagi menyokong Pakatan
Harapan (PH).

Sementara itu, Muhammad Sanusi dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada majlis
angkat sumpah sebentar tadi berkata, beliau memberi jaminan kerajaan baharu ini akan
menjalankan pemerintahan secara berhemah, adil dan saksama kepada semua pihak.

Pada masa sama, beliau juga memberi jaminan kerajaan negeri akan sentiasa komited
untuk bekerjasama dengan seluruh jentera kerajaan Persekutan dalam mengurustabdir
negeri mengikut prinsip-prinsip sistem federalisme dengan mengatasi sebarang masalah
dan memenuhi keperluan rakyat.

“Bagi pihak Perikatan Nasional (PN) negeri Kedah dan kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh pimpinan parti-parti komponen PN yang memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengambil alin pentadbiran negeri Kedah,” katanya.- KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com