Thursday, 2, May, 2024
Utama Umum Protagonis, Mukhriz dibaham netizen

Protagonis, Mukhriz dibaham netizen

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima sindiran netizen apabila salah menggunakan perkataan Protagonis semasa sidang media peletakan jawatan beliau hari ini.

Rata-rata netizen memperli beliau kerana tidak tahu beza antara protagonis dan antagonis.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya menulis protagonis itu maksudnya hero, orang baik, watak jahat itu kita panggil antagonis.

“Mukhriz nak buat sidang media pakai bahasa bombastik pun tanyalah Mat Jargon dulu, bekas Menteri Besar apa cikai sangat ni,” kata beliau.

Nik Ainul Mardhiah pula menulis “boboi panggil DSN protagonis, dia tahu tak protagonis tu watak utama, hero”.

“Hero itu mestilah orang baik. Dia sendiri angkat Najib Razak sebagai hero” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com