Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri PKPD:Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi seperti biasa

PKPD:Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi seperti biasa

oleh Ammar Haziq

ALOR STAR – Selaras dengan pengumuman kerajaan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran yang membabitkan sebanyak 28 mukim di bawah Daerah Kota Setar yang akan dijalankan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 25 September 2020, Malaysia Airports ingin mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar (Kod IATA: AOR) di bawah kendaliannya akan terus beroperasi seperti biasa.

Sepanjang PKPD Pentadbiran ini dijalankan, sebarang pergerakan penumpang keluar dan masuk melalui perjalanan udara menerusi AOR perlu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Para penumpang juga boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada syarikat penerbangan masing-masing sekiranya terdapat pertanyaan.

Sehubungan dengan itu, Malaysia Airports ingin sekali lagi mengingatkan para penumpang agar sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berada di lapangan terbang seperti pengimbasan kod QR pengesanan kontak “MySejahtera”, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang masa bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com