Tuesday, 30, April, 2024
Utama Negeri 3,000 pemilik akaun SADA di Sungai Petani alami gangguan air

3,000 pemilik akaun SADA di Sungai Petani alami gangguan air

oleh Wartawan Kedah Gazette
Kebocoran paip air bersaiz 309mm berhanpiran Stesen Minyak Caltex di Taman Sejati, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 3,000 pemilik akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) di sini mengalami gangguan bekalan air disebabkan kebocoran paip bersaiz 300mm berhampiran Stesen Minyak Caltex, Taman Sejati Sungai Petani pagi ini.

Menurut jurucakap SADA, kawasan yang dijangka terjejas adalah kawasan Industri Bakar Arang, Kampung Sungai Pasir, Kampung Teluk Wang, Teluk Baiduri, Kampung. Bukit Kecil Simpor, Kampung. Bakar Bata dan kawasan sekitar.

Katanya, gangguan bekalan air itu bermula pukul 11 pagi ini.

“Sehubungan itu, pihak SADA memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pengguna yang terlibat,” katanya dalam notis gangguan bekalan air di sebahagian kawasan daerah Kuala Muda (gangguan kecemasan/luar jangka yang dikeluarkan hari ini.

KKesan daripada kebocoran paip air itu berlaku mendapatan tanah seluaa kira-kira satu meter di permukaan jalan di tempat kejadian.

Kesan daripada kebocoran paip air itu berlaku mendapatan tanah seluaa kira-kira satu meter di permukaan jalan di tempat kejadian.

Kedahgazette.com difahamkan jumlah keseluruhan pengguna yang dijangka terlibat dalam gangguan bekalan air itu adalah lebih 12,000 orang.

Jurucakap SADA itu memberitahu, penguna yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut pengguna boleh menghubungi Pusat Informasi SADA di talian 1-300-88-0017 dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com