Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri 30 pelajar fakir miskin terima bantuan persekolahan Econsave

30 pelajar fakir miskin terima bantuan persekolahan Econsave

oleh Ammar Haziq
Zamzuri (dua kiri) turut membantu pelajar memilih baju sekolah di Econsave Pokok Sena pada Sabtu lalu.

POKOK SENA – Pasaraya Econsave Cawangan Pokok Sena menceriakan 30 pelajar daripada keluarga fakir miskin dari Taman Pertama, Kampung Bukit Lala, Kampung Batu 14 dan Kampung Pecah Gadong dengan memberikan sumbangan persiapan persekolahan bagi tahun 2021.

Pengurus Besar Econsave Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan ini diharapkan sedikit-sebanyak dapat meringankan beban keluarga pelajar tersebut.

“Sumbangan yang dihulurkan adalah bagi membantu 30 orang anak-anak dari keluarga fakir miskin di kawasan Pokok Sena iaitu dari Taman Pertama, Kg. Bukit Lala, Kg. Batu 14 dan Kg. Pecah Gadong.

“Antara barang keperluan yang disumbangkan adalah set persiapan barangan sekolah, set alat tulis, dan barang keperluan yang lain,”katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com