Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Pemuda Pas Kedah lapor Polis iklan raya promosi judi

Pemuda Pas Kedah lapor Polis iklan raya promosi judi

oleh Ammar Haziq
Nurul Amin (dua kiri) bersama pimpinan DPPNK membuat laporan Polis di Balai Polis Kota Sarang Semut.

Alor Setar, 16 April 2021- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Sarang Semut berkaitan klip video yang mempromosikan aktiviti perjudian yang dimuatnaik di laman Facebook Malaysia Crime Watch-MyWatch.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya tersebut mengajak umat Islam di negara ini untuk berjudi bagi mendapatkan duit untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, iklan tersebut secara jelas satu promosi aktiviti perjudian secara terbuka.

“Tindakan syarikat judi tersebut menggunakan iklan Hari Raya telah menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, menyakitkan hati umat Islam, membangkitkan kemarahan, menjejaskan perpaduan dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Oleh itu, kami meminta satu siasatan dan tindakan diambil terhadap semua pihak yang terlibat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada,”katanya dalam satu kenyataan.

Turut bersama dalam membuat laporan ini adalah Ketua Penerangan DPPNK, Abdul Hadi Omar, Pengarah Pilihanraya DPPNK, Ku Muhyi Ku Hamid dan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia DPPNK, Ibrahim Ismail.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com