Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Lembaga Zakat Negeri Kedah selar media sebar gambar fitnah ketua pegawai eksekutifnya

Lembaga Zakat Negeri Kedah selar media sebar gambar fitnah ketua pegawai eksekutifnya

oleh Ammar Haziq
Tindakan menggunakan gambar Syeikh Zakaria Othman tersebut dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat yang boleh menjatuhkan imej dan reputasi LZNK.

Berikutan tular gambar Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah bersama berlatar isu politik di YouTube dan juga media sosial, Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan ini menegaskan bahawa pihak LZNK mahupun Ketua Pegawai Eksekutif tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang ditularkan.

Tindakan menggunakan gambar Syeikh Zakaria Othman tersebut dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat yang boleh menjatuhkan imej dan reputasi LZNK sebagai institusi Zakat yang bernaung terus di bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Pihak LZNK tidak mempunyai sebarang kompromi terhadap mana-mana media yang cuba mengaitkan imej LZNK dengan isu politik negara kerana umum mengetahui LZNK merupakan satu-satunya institusi zakat di Malaysia yang bernaung terus di bawah Istana dan bukan di bawah pentadbiran politik kerajaan negeri atau negara.

Pihak LZNK akan meneliti kandungan tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan kepada perundangan yang ada bagi tujuan membersihkan nama baik LZNK.

Lembaga Zakat Negeri Kedah

24 Jun 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com