Tuesday, 30, April, 2024
Utama Negeri Remaja lelaki lemas di Sungai Sedim

Remaja lelaki lemas di Sungai Sedim

oleh admin

KULIM, 2 Ogos – Keseronokan sekumpulan remaja mandi-manda di Sungai Sedim, dekat sini bertukar menjadi sayu apabila seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Hakimi Aiman Mohd Shahrin, 18, dikatakan dibawa arus deras ketika mandi bersama dua lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Semasa mandi, mangsa telah dihanyutkan arus deras dan hilang dari pandangan rakan-rakannya.

“Mayat mangsa kemudiannya ditemukan penduduk kampung dalam keadaan terapung, kira-kira satu kilometer dari tempat dia mandi bersama rakan-rakannya,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa naik tebing dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini. Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Difahamkan mangsa berasal dari Kulim Techno City, Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com