Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik “Semua calon PN Kedah hensem, comel dan lawa” – Sanusi

“Semua calon PN Kedah hensem, comel dan lawa” – Sanusi

oleh Ammar Haziq
PN Kedah sudah selesai agih kerusi dan menyenaraikan individu hadapi PRU15.

SUNGAI PETANI, 13 Okt. – Perikatan Nasional (PN) Kedah telah selesai membuat pembahagian kerusi dan menyenaraikan nama individu yang dirasakan sesuai untuk diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), nanti.

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, senarai nama tersebut akan diserahkan kepada kepimpinan PN pusat pada 16 September depan.

Muhammad Sanusi.

“Pembahagian kerusi membabitkan PN sudah pun selesai dan kita akan serahkan keada PN pusat pada 16 Oktober nanti. Semua PN negeri perlu serahkan pada tarikh tersebut.

“Calon-calonya semua hensem, comel dan lawa-lawa. Semuanya ‘okey’, semuanya muda dan 100 peratus muda kalau dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com