Friday, 3, May, 2024
Utama Politik PM dijangka hadir ke Perhimpunan Agung UMNO pada Jumaat

PM dijangka hadir ke Perhimpunan Agung UMNO pada Jumaat

oleh admin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada Jumaat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahli Parlimen Tambun itu akan tiba sekitar jam 8.30 pagi.

“Kami akan bermula esok jam 8 pagi, jadi saya kira Perdana Menteri akan hadir jam 8.30 pagi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, pada Khamis.

Februari lalu, Anwar muncul buat kali pertama di Ibu Pejabat UMNO selepas 25 tahun untuk menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di menara berkenaan.

Beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 3 September 1998.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com