Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Rakyat Malaysia Dinasihat Supaya Tidak Terpengaruh Dengan Tawaran Kerja Luar Negara

Rakyat Malaysia Dinasihat Supaya Tidak Terpengaruh Dengan Tawaran Kerja Luar Negara

oleh admin

BALING : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasutian Ismail menasihati rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan iklan kerja kosong melalui platform media sosial yang menawarkan gaji lumayan di luar negara yang menjadi antara punca mereka ‘terperangkap’ di luar negara.

Beliau tidak mahu perkara yang berlaku kepada Chong Sum Yee, 22, warga Malaysia yang hilang di Chiang Mai, Thailand berulang kembali.

Katanya insiden itu mencetuskan kegusaran sehingga memaksa ibu bapa mangsa membuat laporan polis meminta bantuan mangsa diselamatkan.

Apabila mereka telah sampai ke sana (ke negara berkenaan) dapati keadaan mereka lalui tak sama seperti mereka diberitahu, jadi daripada situlah kemudiannya ada yang sempat menghubungi pihak polis. Saya akan mintak pasukan polis serta ibu tersebut boleh menghubungi pihak polis lah daripada dia buat kenyataan media dan media tanya menteri cerita dia adalah biar identiti anaknya di mana pergi dengan siapa itu penting maklumat dia sampaikan kepada pihak polis dia bukit aman kita ada bahagian khas kita panggil atipsom yang khusus untuk menguruskan kes kes orang hilang macam ini.

Beliau berkata demikian ketika melawat pembinaan jambatan di Kampung Sungai Ular di Kulim pada Ahad.

Semalam media melaporkan ibu kepada Chong Sum Yee, 22, wanita Malaysia yang dipercayai hilang di Chiang Mai, Thailand, tidak mempercayai video anaknya itu mendakwa dirinya selamat dan sihat.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tentang kes kehilangan wanita itu dan setakat ini beliau belum menerima maklumat perkembangan semasa mengenai kes itu

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah melawat tapak projek menggantikan jambatan di kawasan Kampung Sungai Ular.

Saifuddin Nasution berkata projek menggantikan jambatan itu menelan belanja sebanyak RM9.3 juta dan dijangkakan siap pada Oktober 2024.

Beliau berkata projek itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Sungai Ular sekali gus menambah baik aliran trafik.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com