Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Pemuda AMANAH Kedah buat laporan polis terhadap Zainul Asri 

Pemuda AMANAH Kedah buat laporan polis terhadap Zainul Asri 

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Pemuda AMANAH Negeri Kedah membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas Zainul Asri Mohd Romli kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Menurutnya, klip video ucapan tersebut telah tersebar luas di media – media sosial di mana beliau telah mengatakan antara lain bahawa

“Kita mesti bersungguh – sungguh untuk meminta bantuan daripada Allah SWT, sembahyan hajat supaya kita dimudahkan oleh Allah mendapat hajat yang utama iaitu mempertahankan negeri ini daripada musuh Allah

(Merujuk kepada lawan politik mereka) dan dimenangkan agamamu Allah SWT (Merujuk kepada parti mereka.”Ucapan tersebut jelas satu sangkaan jahat kepada musuh politik mereka dengan mengatakan musuh mereka adalah musuh Allah dan perjuangan parti mereka adalah perjuangan agama Allah.

“Ia juga merupakan satu bentuk hasutan yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam, memecah belah kan masyarakat dan boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan rakyat negara ini,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com