Friday, 3, May, 2024
Utama Politik Pertemuan pimpinan PKR hanya taklimat biasa

Pertemuan pimpinan PKR hanya taklimat biasa

oleh admin

BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pertemuan membabitkan semua pemimpin PKR di Seri Perdana, tengah hari tadi adalah satu taklimat biasa.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR, bagaimanapun tidak memperincikan butiran pertemuan berkenaan.

“Ia hanya satu taklimat biasa,” katanya ringkas kepada media selepas melancarkan inisiatif Rakan Muda, yang diberikan nafas baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Yahya Shaari, berkata mesyuarat MPP PKR itu membincangkan mengenai persiapan jentera dan agihan tugas untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada hujung Julai atau awal Ogos ini.

Bagaimanapun katanya, belum ada kata putus jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.

Mesyuarat membabitkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, Senator dan ahli MPP PKR itu diadakan selama lebih dua jam di Seri Perdana, bermula jam 12.30 tengah hari.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, parti itu akan mengadakan taklimat khas hari ini berkenaan persiapan parti menghadapi PRN, yang akan disertai semua pimpinan tertinggi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com