Sunday, 28, April, 2024
Utama Umum Anwar ajak rakyat tolak politik sempit

Anwar ajak rakyat tolak politik sempit

oleh admin

SUNGAI PETANI:Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat menolak politik sempit berasaskan perkauman seperti yang dimainkan oleh parti pembangkang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan di bawah kepimpinannya akan terus memberi hak dan keadilan setiap kaum di negara ini namun tetap akan menjamin kedudukan dan hak istimewa orang Melayu berdasarkan perlembangaan negara.

“Kita terpaksa lawan kelompok kelompok perkauman yang sempit. dalam pembangkang.Di mana-mana kampung dia cerca saya dia kata Anwar ini tak boleh percayasebab dia tidak hanya tolong Melayu, dia mahu tolong semua (kaum) kalau dia perintah. Dia mahu jaga semua kaum dan hak mereka.

“Jadi saya nak mula dengan jawapan ini. Saya cakap dulu dan sekarang…dan selagi saya perdana menteri saya tidak berubah. Ini negeri untuk orang Melayu kerana Melayu dijamin dalam perlembagaan. Tetapi kita kena jaga hak keadilan bagi masyarakat Cina, India, Dayak dan Kadazan dan saya tidak tolak ansur Ini jelas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ramah mesra bersama masyarakat India di sini, malam ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata semua rakyat perlu dibantu termasuk kaum India yang kebanyakkannya masih berada pada paras kemiskinan tegar.

Katanya, jalan terbaik untuk keluar daripada kemiskinan adalah dengan memberi hak pendidikan untuk mereka.

“Tak boleh kah saya baik dan berkawan dengan masyarakat India dan kaum lain.. Jadi sebab itu sekarang orang India dia nampak solid mahu pertahan Kerajaan Perpaduan .

” (Tapi) ada saya dengar ada lagi orang India yang sokong PAS dan BERSATU, apa tak ada maruah ka?,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata walaupun PH kini sudah bergabung dengan Barisan Nasional (BN) namun prinsip tanpa diskriminasi kaum tetap akan dipertahankan beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com