Friday, 26, April, 2024
Utama Umum Penduduk di Kedah diingatkan tidak pulang ke kampung sambut Ramadan

Penduduk di Kedah diingatkan tidak pulang ke kampung sambut Ramadan

oleh Wartawan Kedah Gazette
Zainuddin Yaacob

ALOR SETAR – Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob mengingatkan penduduk di negeri ini supaya tidak pulang ke kampung menyambut Ramadan pada tahun ini.

Menurut beliau, semua pihak masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ketiga ini.

“Keutamaan kita pada masa ini adalah keselamatan dan kesihatan. Jadi saya mohon terus berikan kerjasama,” katanya di sini semalam.

Beliau sebelum itu menerima sumbangan penutup hidung dan mulut, pensanitasi tangan serta makanan untuk petugas barisan hadapan daripada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Pensanitasi tangan serta penutup hidung dan mulut tersebut dihasilkan oleh warga UUM yanh terdiri pensyarah, kakitangan serta mahasiswa UUM secara sukarela.

Sambutan bulan Ramadan pada tahun ini dijangka pada 24 April depan. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com