Monday, 6, May, 2024
Utama Sukan Penyokong Penang FC- KDA FC bergaduh selepas perlawanan

Penyokong Penang FC- KDA FC bergaduh selepas perlawanan

oleh Ammar Haziq

GEORGETOWN –  Perlawanan Liga Super 2023 antara Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Bandaraya, dekat sini pada malam Selasa dicemari insiden pergaduhan melibatkan penyokong kedua- dua pasukan.

Pergaduhan tersebut berlaku di perkarangan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran stadium berkenaan selepas perlawanan berkesudahan tuan rumah tewas 1-2.

Melalui satu video yang tular menunjukkan penyokong kedua-dua pasukan telah  mengeluarkan kata-kata provokasi di antara satu sama lain sehingga ada bertindak membaling objek dipercayai botol minuman.

Bagaimanapun kehadiran beberapa anggota polis ke lokasi kejadian berjaya menenangkan keadaan yang sebelum itu dilihat begitu panas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dalam pada itu mengesahkan insiden berkenaan satu kenyataan akan dikeluarkan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com