Sunday, 5, May, 2024
Utama Nasional Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah

Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.

Perdana Menteri berkongsi ucapan salam takziah itu menerusi hantaran di Facebook beliau petang ini.

“Semoga seluruh kerabat diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Anwar menerusi catatan itu.

Tunku Ampuan Najihah,100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini pada 6.53 pagi tadi.

Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com