Monday, 6, May, 2024
Utama Nasional Malaysia sedia beri bantuan pembinaan Bangsamoro

Malaysia sedia beri bantuan pembinaan Bangsamoro

oleh Ammar Haziq

PETALING JAYA: Kerajaan bersedia untuk memberi bantuan pembinaan keupayaan dan pembangunan sosioekonomi Bangsamoro demi kemakmuran masyarakat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses damai ini harus berjaya bukan sahaja demi kemaslahatan Malaysia dan Filipina malah seluruh rantau ini.

Katanya, beliau mengambil maklum mengenai satu Resolusi No.318 daripada Parlimen Penguasa Peralihan Bangsamoro (BTA) di Selatan Filipina yang merakamkan penghargaan terhadap komitmen serta sokongan berterusan Kerajaan Malaysia dalam proses damai Mindanao.

“Seperti yang saya zahirkan sebelum ini, proses damai ini harus berjaya bukan sahaja demi kemaslahatan Malaysia dan Filipina, malah seluruh rantau ini juga.

“Malaysia akan terus menyokong usaha pimpinan Presiden Marcos Jr. untuk memastikan proses damai di Mindanao mencapai objektifnya,” katanya dalam Facebook beliau.

Terdahulu, Setiausaha Agung BTA, Prof Raby B. Angkal merakamkan ucapan penghargaan kepada Anwar di atas sokongan dan komitmen kepada usaha pendamaian Bangsamoro.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com