Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Banjir di Kubang Pasu, 61 mangsa dipindahkan

Banjir di Kubang Pasu, 61 mangsa dipindahkan

oleh Ammar Haziq

KUBANG PASU – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, dekat sini pada malam Isnin akibat banjir yang melanda beberapa kawasan di Kubang Pasu.

Seramai 61 mangsa daripada 18 keluarga dipindahkan ke PPS tersebut setakat jam 8 pagi pada Selasa berbanding 21 mangsa daripada enam keluarga pada jam 11 malam Isnin.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan adalah dari Kampung Paya Nangmah dan Kampung Paya Nongmi di sini.

Beliau berkata, pertambahan jumlah mangsa itu disebabkan paras air yang semakin naik susulan air sungai yang melimpah akibat hujan berterusan.

“Status air kini semakin menaik dan pemantauan sedang dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu di kawasan terjejas.

“Kesemua mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 21 lelaki dewasa, wanita dewasa (18), kanak-kanak (17), warga emas (3) dan bayi (2).

“Mereka dipindahkan sementara di PPS SMK Changlun berikutan paras air yang semakin meningkat dan memasuki rumah mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com