Tuesday, 30, April, 2024
Utama Politik PM terima kunjungan Abang Johari, perkukuh kerjasama Persekutuan, Sarawak

PM terima kunjungan Abang Johari, perkukuh kerjasama Persekutuan, Sarawak

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar berkata pertemuan empat mata itu menyentuh antara lain mengenai kerjasama dalam bidang tenaga hijau serta peluang pelaburan baharu yang meningkat di negeri itu dan Semenanjung.

Beliau turut memuat naik gambar pertemuan tersebut yang berlangsung di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Kami turut bicara soal kerjasama erat dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang pasti akan terus diperkuat demi rakyat terbanyak,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com