Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik ‘SD? Tak perlu komen, saya ada kerja’ – PM

‘SD? Tak perlu komen, saya ada kerja’ – PM

oleh Ammar Haziq

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya katanya, beliau mempunyai banyak tugasan penting yang perlu diselesaikan.

“Tak perlu komen. Saya kerja, kalau ada kes isu besar saya jawab,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Tata Kelola Baik Nasional 2024 di sini, pada Isnin.

Majlis diadakan serentak dengan peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa PN sedia untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Namun Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci terasuk mengenai jumlah yang diperolehi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa akuan bersumpah tidak lagi sah atau relevan untuk melakukan gerakan ‘tebuk atap’ kerana adanya Akta Anti Lompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, yang mempunyai peruntukan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com