Wednesday, 8, May, 2024
Utama Sukan Dakwaan KFA rasuah : tunggu surat saman di rumah atau pejabat – Sanusi

Dakwaan KFA rasuah : tunggu surat saman di rumah atau pejabat – Sanusi

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Mana-mana pihak yang cuba memberi gambaran bertujuan merosakkan reputasi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Presiden atau Pegawai-Pegawainya berhubung dakwaan rasuah akan berhadapan tindakan undang-undang sesegera yang mungkin.

Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan rasuah lebih RM6 juta mengaitkan persatuan tersebut.

Menurutnya, tiada penyalahgunaan, songlap, penyelewengan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak dalam KFA melainkan sepenuhnya dibelanjakan untuk KFA.

“Pihak-pihak yang bersungguh sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA dan mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutamanya Presiden dan kakitangan KFA – sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masibg-masing,” katanyanya.

Jelasnya, dakwaan rasuah ini paling luar biasa di dunia dan boleh dianggap luar tabii.

Menurutnya lagi, kes disiasat kerana tidak memberi projek sedangkan kes rasuah biasanya disiasat melibatkan pemberian wang atau pemberian projek. Inilah plot yang dimaksudkan iaitu mengada-adakan hal yang tidak ada.

Dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan KDAFC, permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga turut didedahkan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com