Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri IdamanCare4U rai 10 keluarga kurang mampu sempena Tahun Baru Cina

IdamanCare4U rai 10 keluarga kurang mampu sempena Tahun Baru Cina

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – E-Idaman Sdn Bhd (EISB) mengambil inisiatif dibawah tanggungjawab sosial korporat, mengadakan Program IdamanCare4u sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini.

EISB menjalin bekerjasama dengan Persatuan Rekreasi Hong Shan Negeri Kedah dan Crisis Relief Squad Kedah untuk meringankan beban keluarga berbangsa Tionghua yang kurang berkemampuan di negeri Kedah.

Seramai 10 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa hamper makanan
bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina mereka pada kali ini. Kesemua mereka dipilih daripada kalangan ahli persatuan itu sendiri. Sempena majlis ini, turut diadakan aktiviti kitar semula di kalangan ahli persatuan.

EISB mensasarkan kutipan sejumlah 400kg barangan kitar semula pada hari ini. Bagi memastikan keselesaan penduduk ketika musim perayaan ini, E-Idaman telah membuat persiapan dari segi kerja-kerja kutipan sampah pukal bermula dari 3hb Februari hingga 8hb Februari 2024.

Ini memberi kemudahan kepada penduduk yang ingin membuang sampah pukal seperti perabot-perabot lama.

Operasi pembersihan sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini adalah untuk memastikan
kebersihan terjamin terutamanya dibawah kawasan perkhidmatan E-Idaman.

Operasi tambahan ini diadakan dengan mengambil kira jumlah sampah pukal yang dijangka bertambah sebelum perayaan sebagaimana sewaktu berlangsungnya sambutan perayaan utama lain.

E-Idaman juga akan memberi tumpuan terhadap bekas kawasan pembuangan sampah haram
di negeri ini bagi mengelak pembuangan sampah secara haram daripada berlaku semasa perayaan.

Pihak E-Idaman sentiasa berusaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami dalam usaha memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang terbaik kepada masyarakat serta memastikan kesejahteraan dan kebersihan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com