Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri UMNO Sungai Petani beri sumbangan telur ayam

UMNO Sungai Petani beri sumbangan telur ayam

oleh Wartawan Kedah Gazette
Shahanim Mohamad Yusoff menyampaikaj sumbamgan telur ayam.kepada pendusuk di Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – UMNO Bahagian Sungai Petani melakukan kelainan dalam menyampaikan sumbangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mengagihkan telur ayam kepada penduduk di kawasan Parlimen itu.

Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, lebih 20,000 biji telur ayam telah diagihkan kepada penduduk yang tinggal di beberapa kampung dan taman perumahan.

“Setiap penduduk diberikan 30 biji tidur ayam untuk dimasak gulai dan digoreng, selain buat kuih-muih.

“Sumbangan telur ayam itu juga diberikan kepada orang ramai tanpa mengira kaum dan agama,” katanya kepada kedahgazette.com hari ini.

Sebahagian daripada telur ayam yang akan diagihkan kepada penduduk di Parlimen Sungai Petani.

Sebelum ini, beliau juga memberi pelbagai jenis bantuan seperti barangan makanan dan ikan kepada orang ramai di Parlimen Sungai Petani pada sepanjang PKP ini.

Shahanim berkata, penduduk yang menerima sumbangan telur ayam itu didapati cukup gembira.

“Bukan nilai sesuatu bantuan yang menjadi ukuran tetapi ingatan ikhlas kepada mereka sebenarnya lebih berharga,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com