Thursday, 2, May, 2024
Utama Politik Mukhriz pertikai pembangkang umum tukar kerajaan di sidang media

Mukhriz pertikai pembangkang umum tukar kerajaan di sidang media

oleh Wartawan Kedah Gazette
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertikai tindakan pihak pembangkang sekadar mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu.

“Pembangkang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini hari ini

Sehubungan itu, Mukhriz mengakui beliau masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhamad Sanusi Md Nor berkata,
Kerajaan Bersatu-Pakatan Harapan (PH) di Kedah telah hilang kepercayaan dan keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri Kedah selepas Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan baru negeri itu

Menurut beliau, keadaan tersebut berlaku selepas seramai 19 daripada 23 ADUN telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Kedah atas nama PN.

“Seramai 23 ADUN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah,” kata Muhamad Sanusi. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com