Friday, 26, April, 2024
Utama Politik Pemuda UMNO Alor Setar bangga pelantikan Sanusi sebagai Menteri Besar

Pemuda UMNO Alor Setar bangga pelantikan Sanusi sebagai Menteri Besar

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Alor Setar bangga dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah ke-14.

Ketuanya, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata, pergerakan itu juga mengucapkan tahniah atas pelantikan pemimpin Pas itu memegang jawatan tersebut.

Menurutnya, sebagai ahli politik yang muda dan mempunyai latar belakang yang pelbagai, Pemuda UMNO Alor Setar yakin beliau mampu menerajui negeri ini dengan gemilang, terbilang demi kemakmuran masyarakat.

“Kebersamaan sebagai rakan dalam Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional, Pemuda UMNO Alor Setar mendokong kerajaan PN Kedah yang dibentuk mulai hari ini dan sentiasa bersedia berganding bahu menjayakan dasar-dasar kerajaan.

“Selamat berkhidmat, moga Kedah terus gemilang,” katanya lagi.

Muhammad Sanusi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baharu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan yang disandang itu pagi tadi. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com