Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Portal propembangkang sengaja bagi gambaran MB Kedah ‘tamak’ jawatan

Portal propembangkang sengaja bagi gambaran MB Kedah ‘tamak’ jawatan

oleh Wartawan Kedah Gazette
Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Beberapa portal berita yang propembangkang didapati cuba memberi gambaran Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai ‘tamak’ jawatan dengan meletak tajuk berita beliau memegang tujuh portfolio.

Dalam laporan berita selepas majlis angkat sumpah Exco semalam, mereka sengaja meletak tajuk itu bagi memberi gambaran yang salah dan menarik perhatian ramai penyokong parti pembangkang.

Seperti biasa, ruangan komen dipenuhi dengan cacian oleh mereka yang tidak tahu bagaimana kaedah pentadbiran negeri Kedah.

Ada yang komen Menteri Besar dapat banyak elaun bila pegang banyak protfolio, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Gaji Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri dibayar ikut kelayakan jawatan berkenaan tanpa ambil kira berapa banyak jawatankuasa dipegang sekalipun, gajinya tetap mengikut kelayakan jawatan Menteri Besar.

Sebagai perbandingan Menteri Besar sebelum itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir memegang enam portfolio iaitu Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Hasil Bumi, Majlis Tindakan Negeri dan Kewangan.

Sementara Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah juga memegang tujuh portfolio iaitu Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

Muhammad Sanusi hanya meneruskan aspek pentadbiran sebelum ini iaitu Menteri Besar memegang protfolio paling utama.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri memegang portfolio
Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah (KEC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com