Thursday, 2, May, 2024
Utama Politik DAP setuju Tun Mahathir PM ke-9, Anwar TPM

DAP setuju Tun Mahathir PM ke-9, Anwar TPM

oleh Ammar Haziq
DAP bersetuju Anwar memberikan laluan kepada Tun Mahathir untuk memimpin negara selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

DAP bersetuju Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke-9 manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan Plus mengambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, keputusan itu diumumkan secara terbuka kerana pihaknya mahu terus bergerak ke hadapan selepas mendapat keputusan daripada rakan-rakan parti PH.

“Kami kini sedang menanti pendirian PKR dalam hal ini. Kami putuskan untuk cakap secara terbuka hari ini kerana mahu tahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu ada kepimpinan yang tidak tegas di dalam PH,”katanya yang dipetik melalui wawancara Eksklusif bersama Malaysiakini.

Anthony berkata, Tun Mahathir mencadangkan dirinya diberikan tempoh 6 bulan sebagai Perdana Menteri ke-9 sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

“Selepas mendengar dan membuat pertimbangan, pendirian alternatif kami adalah memberikan Mahathir memimpin sebelum kemudiannya diserahkan kepada Anwar selepas satu sela masa.

“Kini terpulang kepada Anwar untuk bersetuju ataupun tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam namun kami masih belum dengar apa-apa keputusan daripadanya setakat ini,”katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com