Sunday, 28, April, 2024
Utama Politik Aktivis pelajar universiti diharap memanfaatkan keterbukaan kerajaan

Aktivis pelajar universiti diharap memanfaatkan keterbukaan kerajaan

oleh admin

KUALA LUMPUR – Aktivis pelajar universiti diharap dapat memanfaatkan keterbukaan kerajaan dan institusi pengajian dalam melaksanakan program yang memberi manfaat kepada negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sewaktu diri aktif dalam persatuan di universiti, peluang yang diperoleh begitu terhad sehingga ada ketikanya mereka disekat.

Bagaimanapun, seiring dengan perubahan zaman, aktivis pelajar hari ini tidak boleh mengeluh, sebaliknya harus berusaha untuk memanfaat setiap peluang yang ada dan terus berjasa kepada rakyat.

“Masa berubah. Dahulu kita ‘teraba-raba’ tetapi hari ini sudah lain kerana kita ada ustaz dan pensyarah yang akan membantu.

“Malah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, kita mempunyai peluang yang terbuka luas. Masa saya (dahulu), ada sekatan. Lepas itu, saya langsung tidak boleh. Saya boleh mengajar di Georgetown University tetapi tidak boleh masuk di universiti tempatan.

“Keadaan sekarang lebih baik. (Oleh itu) jangan mengeluh dan manfaat. Tingkatkan mutu perjuangan rakyat, agar hidup itu lebih berjasa,” katanya pada pada program Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2023, di Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli.

Mengulas mengenai PKPIM, ketika beliau menjadi Presiden persatuan itu dari tahun 1968 hingga 1971, Anwar berkata, sewaktu itu mereka hanya bergerak berpandukan kajian sebuah buku bertajuk ‘Islam at the Crossroads’ karya Muhammad Asad.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com