Friday, 3, May, 2024
Utama Sukan Prestasi JDT semakin meningkat – Pengendali Kawasaki Frontale

Prestasi JDT semakin meningkat – Pengendali Kawasaki Frontale

oleh Ammar Haziq

Johor Bahru – Johor Darul Tazim bermula dengan langkah kiri apabila tewas tipis 0-1 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pertama peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) 2023/24 di Stadium Sultan Ibrahim pada malam Selasa.

Jaringan pada minit ke 44 oleh Marcinho menyaksikan JDT alami kekalahan pertama di Stadium Sultan Ibrahim.

Gol tersebut berpunca daripada 

sepakan gunting pemain itu selepas dalam keadaan gawang terbuka luas berikutan kesilapan penjaga gol JDT, Syihan Hazmi yang terkeluar daripada posisinya.

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki pula tidak menyangka kualiti JDT yang semakin meningkat walaupun pasukannya muncul pemenang.

Menurutnya, prestasi pasukan tuan rumah jauh berbeza musim ini berbanding musim lalu apabila tewas 5-0 di pentas saingan yang sama.

“Ianya permainan yang berkualiti malam ini dengan kemahiran individu dan saya mengarahkan untuk bertahan pada babak kedua kerana mahu mengekalkan kelebihan dan kemenangan untuk tiga mata pertama. 

“Arif Aiman sangat kuat dan kami sudah memberitahu pemain kami supaya mengawalnya kerana kelebihan menggeleceknya yang bagus,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com