Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan 1,500 peserta meriahkan Program New Year Kedah Half Marathon & Charity Ride 2024

1,500 peserta meriahkan Program New Year Kedah Half Marathon & Charity Ride 2024

oleh Ammar Haziq

Alor Setar – Program New Year Kedah Half Marathon & Charity Ride 2024 mendapat sambutan yang mengalakkan apabila hampir 1,500 peserta menyertai penganjuran kali kedua tersebut.

Presiden Aafiyat Holdings Sdn Bhd, Aidil Azwal Zainudin berkata, program ini tidak hanya menampilkan larian santai, tetapi juga menggabungkan aktiviti amal jariah, persembahan zumba, dan pelbagai lagi.

Menurutnya, Ini merupakan satu langkah positif dalam menyemarakkan semangat kecergasan, keberanian, dan keazaman dalam kalangan masyarakat.

“Tahun baru adalah masa yang tepat untuk kita merefleksikan pecapaian kita sepanjang tahun yang berlalu, dan pada masa yang sama, menyusun azam-azam baru untuk masa depan. Program ini adalah permulaan baharu yang penuh dengan semangat keazaman dan keberanian seseorang individu,” katanya.

Hadir sama Exco Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din,Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Isahak Murat dan Pengarah Perubatan Kedah Medical Centre (KMC), Dato’ Dr. Kamaruzaman Ali.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak penaja yang telah memberikan sokongan dan sumbangan untuk menjayakan program ini.

“Sumbangan mereka bukan hanya dari aspek kewangan, tetapi juga mencerminkan semangat komitmen terhadap kesihatan, kecergasan, dan kebersamaan komuniti,” tambahnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com