Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri “Makcik ampunkan dia, halalkan makan minum dan susu”

“Makcik ampunkan dia, halalkan makan minum dan susu”

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – “ Makcik nak bisik dekat telinga dia, makcik ampunkan dia, makcik halalkan makan minum dan susu, makcik bagi pada dia cuma itu sahaja.

“Makcik nak bisik dekat telinga dia, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dia anak yang baik,” kata Ruzita Zulkifli, 58, ibu kepada anggota tentera yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gurun pada Jumaat.

Menurutnya, arwah anaknya, Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, seorang yang taat pada agama dan bertanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga.

Pada awalnya dia memberitahu tidak percaya apabila dimaklumkan oleh suaminya, Haris Hamzah, 71, yang menerima panggilan daripada ATM mengatakan anaknya maut dalam kemalangan.

Namun sebaik anak ketiganya mengesahkan akhirnya dia menerima hakikat yang anaknya telah meninggal dalam kemalangan terbabit.

Jenazah Mohd Hafiz akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau sebaik selesai urusan bedah siasat.

Turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah Sarjan Rozali Abdull Rani dan Koperal Mohd Asri Idris, 40.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com