Tuesday, 30, April, 2024
Utama Sukan Syafiq mahu kembalikan kegemilangan Kedah

Syafiq mahu kembalikan kegemilangan Kedah

oleh Ammar Haziq

Penyerang baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Muhammad Syafiq Ahmad berazam untuk membantu mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan tersebut.

Penyerang yang dpinjam dari Johor Darul Ta’zim (JDT), akan membantu Sang Kenari bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 di bahagian jentera serangan.

Beliau mengakui gembira kembali ke pasukan yang menjadi pentas buat dirinya mencipta nama di dalam dunia bolasepak.

“Saya  akan usaha bantu naikkan nama Kedah dan yang penting prestasi saya dapat dipertingkatkan.

“Kedah ada penyokong yang cukup besar, dengan perancangan terkini, senarai pemain baru yang masuk musim ini, saya dan rakan sepasukan berazam untuk naikkan nama Kedah, digeruni kembali,”katanya.

Sementara itu, KDA FC dalam kenyataannya menjunjung kasih dengan perkenan Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi persetujuan untuk pemain kelab tersebut mewakili Sang Kenari musim ini.

Sebelum ini, pemain berusia 28 tahun itu berada dalam senarai Harimau Selatan untuk dipinjamkan kepada pasukan lain termasuk Akhyar Rashid dan Safawi Rashid yang telah dipinjamkan kepada Terengganu FC.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com